MGPerak: Lelaki Dihukum Gantung Bunuh, Campak Mayat Pekerja Bangladesh Dalam Sungai

52

Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Jumaat kerana membunuh seorang lelaki warga Bangladesh dengan mayat dijumpai di Sungai Kinta dalam keadaan sebelah kaki diikat pada motosikal, tujuh tahun lalu.

Hakim Su Tiang Joo membuat keputusan itu terhadap Mohamad Amier Amzar Mohamad Aspar, 28, selepas didapati bersalah membunuh Md. Ovaidul, 32.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan yang ketika itu berusia 21 tahun didakwa telah membunuh mangsa di Sungai Kinta dalam kawasan Sungai Galah di Kampung Gajah dalam Daerah Perak Tengah, antara jam 8.20 hingga 10.25 malam, 15 Disember 2018. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #bunuhwargabangladesh #hukumangantungsampaimati

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini