MGPerak: Lelaki Fitnah Anggota Polis Terkorban Insiden Ulu Tiram Disambung Reman

85

IPOH – Tempoh reman terhadap suspek lelaki yang memuat naik komen berunsur fitnah di laman sosial terhadap anggota polis yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor disambung sehingga esok.

Prosiding reman itu dilakukan di Mahkamah Majistret Tapah dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, proses sambung reman ke atas suspek dibuat apabila tempoh reman selama empat hari tamat pada hari ini. – MGPerak

#MalaysiaGazettePerak #MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini