IPOH – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi program Kampung Angkat MADANI (KAM) terus memperkukuh komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyantuni penduduk setempat melalui penyerahan bantuan bakul makanan kepada 30 asnaf terpilih dari Gugusan Manjoi.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, inisiatif tersebut adalah usaha berterusan pihaknya dalam membantu golongan memerlukan, khususnya ketika masyarakat berdepan cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat. -MGPerak





