IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) optimis pasukan bola sepak Perak FA merekodkan kemenangan kedua menentang Machan FC bagi perlawanan Liga A1 Semi-Pro.
Perlawanan berkenaan dijadual berlangsung esok di Kompleks Bola Sepak Perak, Chemor, di sini.
Presidennya, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, pasukan Perak FA menunjukkan momentum yang amat baik selepas kemenangan pertama menewaskan Perlis GSA FC pada 22 Ogos lalu. -MGPerak