LUMUT – Selepas hampir lima dekad berlayar dan berbakti mempertahankan kedaulatan perairan negara, Kapal Diraja (KD) Hang Tuah secara rasmi dilucutkan tauliah pada istiadat ketenteraan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dekat sini, pada Rabu.
Istiadat penuh tradisi ketenteraan laut dan penuh simbolik itu disempurnakan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Baharudin Wan Md Nor. -MGPerak





