Kemeriahan musim durian tahun ini menyaksikan gerai Durian Petron Ipoh yang diusahakan Aidilah Mohamed Sudin terus menjadi lokasi tumpuan peminat ‘raja buah’ itu khususnya mereka yang menetap di sekitar bandar raya ini.
Menurut Aidilah, nama ‘Durian Petron’ diambil sempena lokasi asal gerainya yang dahulu terletak berhampiran stesen minyak Petron Ampang dan beroperasi selama lima tahun sebelum berpindah berhampiran Medan Gopeng, di sini.
Beliau yang berpengalaman menjual pelbagai jenis durian telah mengusahakan jualan buah itu selama 22 tahun. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak