Sebanyak lima projek Rumah Perakku oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dijangka akan disiapkan pada tahun ini.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, daripada angka itu, ia menjadikan sebanyak sembilan projek perumahan Rumah Perakku akan disiapkan sejak LPHP ditubuhkan pada tahun 2016.
Katanya, daripada projek berkenaan ia turut melibatkan 956 unit Rumah Perakku dan 286 unit Rumah Perwira yang mana ia disifatkan sebagai langkah proaktif dalam menjayakan soal Perumahan Sejahtera di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.