Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) merancang meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tahun hadapan.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, selain itu, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan individu yang baru memasuki alam pekerjaan turut menjadi sasaran bagi mengikuti program berkenaan.
Menurutnya, program itu dilaksanakan berdasarkan maklum balas daripada institusi kewangan dan pemaju yang mendapati punca utama kegagalan individu untuk mendapatkan pembiayaan perumahan adalah pengurusan kewangan yang lemah. -MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak