IPOH – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyasarkan sekurang-kurangnya mencapai 70 peratus daripada 37,550 kediaman terpilih di seluruh negara bagi memperolehi maklumat dan data berhubung Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) 2024.
Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan LPPKN Hairil Fadzly Md Akhir berkata, pihaknya akan berusaha untuk mencapai kadar tersebut menjelang akhir tahun ini. – MGPerak