Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, pada Isnin, atas dakwaan melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 31 Ogos lalu.
Hakim, Mohd Harith Mohd Mazlan membenarkan agar tertuduh, Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41, menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #SultanPerak