MGPerak: Mahkamah Syariah Perak Komited Perkukuh Prosiding Digital

68

IPOH – Pelaksanaan pendigitalan Mahkamah Syariah akan terus diperkasakan secara menyeluruh, merangkumi aspek pendaftaran kes, pengurusan fail secara elektronik atau tanpa fail fizikal, serta pelaksanaan prosiding secara dalam talian.

Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Datuk Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor berkata, melangkah tahun 2026, Mahkamah Syariah Perak komited untuk beralih daripada kaedah konvensional kepada sistem kerja berasaskan digital. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini