MGPerak: MAIPk Salur RM5.5 Juta Perkasa Asnaf Melalui Keusahawanan

72

Majlis Agama Islam Perak dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta bagi memperkasa golongan asnaf melalui Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) dan Program Usahawan Payung Asnaf (UPAYA) tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, Program PROPER A yang melibatkan 70 peserta asnaf tampil dengan pendekatan yang berbeza dan lebih dinamik pada tahun ini.

Katanya, di bawah program berkenaan MAIPk memperkenalkan kursus pulih telefon pintar dan perkhidmatan gunting rambut masing-masing secara bergerak, di samping turut didedahkan kepada peserta kursus francais minuman kopi dan francais Roti Kaya Junus. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #ProgramPROPERA #MAIPk

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini