MGPerak: Masakan ‘Mak-Mak’ Tampilkan Keenakan Juadah Tradisi Perak Berasaskan Tempoyak

2

SAJIAN berasaskan tempoyak bukan sekadar juadah biasa, sebaliknya melambangkan kekayaan warisan kulinari tradisional Perak.

Bagi memastikan masakan warisan ini tidak lenyap ditelan zaman, pemilik Teratak Tempoyak Nda, Nor Aifaa Azmee, 30, mengambil inisiatif mempelbagaikan menu berasaskan tempoyak untuk dinikmati peminat sajian tersebut.

Idea untuk membuka kedai makan berkonsep santai ini tercetus daripada nostalgia masakan ibu di rumah serta inspirasi arwah kakaknya yang mencadangkan supaya menu tempoyak diperkenalkan sebagai tarikan utama untuk kedai makan berkenaan.

Terletak di Gopeng, Perak, kedai ini diusahakan Nor Aifaa bersama suami serta ahli keluarganya yang lain sejak 10 tahun lalu. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #visitmalaysia2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini