MGPerak: MBI Diharap Jadi ‘Rujukan’ PBT Lain Di Perak

2

IPOH – Kerajaan Negeri Perak komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta kesejahteraan rakyat, seiring dengan aspirasi pembangunan negeri menjelang tahun 2030.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pelantikan Ahli Majlis MBI bukan sekadar satu pengiktirafan, sebaliknya merupakan amanah besar yang menuntut tahap tanggungjawab, disiplin dan komitmen tinggi.

Menurutnya, setiap keputusan yang dibuat di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memberi kesan langsung kepada kehidupan harian masyarakat. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini