HAT YAI, Thailand – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merancang untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan stesen penyiaran awam Thailand, NBT Songkhla, bagi memperkukuh hubungan dua hala di samping memperkasakan lagi media rasmi mereka, Radio TV MBI.
Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Ahmad Hariri Kamarudin berkata, Radio TV MBI yang kini berfungsi secara atas talian sepenuhnya sedang diperluaskan lagi peranannya sebagai medium penyampaian maklumat terbaik kepada warga kota. -MGPerak