IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima lebih 900 aduan sejak Januari hingga 20 Julai lalu berhubung anjing terbiar sekitar bandar raya ini.
Susulan itu, sebanyak 30 ekor anjing yang dikenal pasti agresif, berpenyakit atau terlibat dalam insiden menggigit orang awam telah dilupuskan secara berjadual mengikut prosedur operasi standard (SOP) melalui program Put To Sleep (PTS).
Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBI, Ahmad Zaiyadi Sudin berkata, tindakan pelupusan itu dijalankan menerusi program PTS selepas penilaian diadakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak. -MGPerak