MCA Perak meminta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) supaya mempertimbangkan cadangan pengurangan kadar cukai taksiran baharu sembilan peratus yang dikenakan kepada penduduk.
Ketua Penerangan MCA Perak, Chung Kok Heung berkata, kadar cukai berkenaan disifatkan agak tinggi jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain seperti di Lembah Klang.
Katanya, pihaknya meminta penjelasan daripada MBI berhubung perkara itu sedangkan bandar seperti di Shah Alam mengenakan kadar cukai pada 3.25 peratus sementara lima peratus di Subang Jaya. -MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak