MGPerak: Mega Little Hajj 2025 Libat 12,000 Peserta Seluruh Negara

105

“Saya pusing-pusing kaabah, selepas itu saya buat tawaf,” kata Wan Nurarsya Nazneen Wan Mohd Ashrul, 6, peserta program Mega Little Hajj 2025 peringkat negeri Perak yang diadakan di Masjid Sultan Azlan Shah di sini pada Rabu.

Kegembiraan cukup jelas terpancar di wajah si cilik itu kerana mendapat peluang untuk melakukan simulasi ibadah haji bersama rakan-rakan sebayanya.

“Saya juga bangun awal sebab nak pergi Little Hajj dan suka duduk sini di sini kerana tempat best,” ujarnya.

Seorang lagi peserta, Harith Naufal Kamarulariffin, 6, yang lengkap berbaju ihram turut meluahkan keterujaannya kerana terpilih untuk menyertai program tersebut. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini