MK Land Holdings Berhad (MK Land) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyantuni lebih 250 anak-anak yatim dan pelajar tahfiz menerusi Siri Jelajah Ramadan MK Land di empat lokasi utama syarikat itu beroperasi sepanjang Ramadan ini.
Ketua Pegawai Operasi Wilayah Utara, Nazri Tumin berkata, jelajah tersebut bermula di Damansara Perdana diikuti Ipoh, seterusnya Bukit Merah dan berakhir di Langkawi. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #SiriJelajahRamadanMKLand





