PARIT – Kerajaan Negeri Perak masih menunggu laporan penuh siasatan kejadian murid yang mengalami kecederaan selepas didakwa dipukul seorang guru lelaki di sekolahnya di Bagan Serai pada Disember lalu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, siasatan berhubung kejadian itu juga telah selesai dan ramai saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan.
Menurutnya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kini dalam proses untuk melengkapkan laporan tersebut sebelum tindakan lanjut dilakukan. – MGPerak