MGPerak: Nahas 15 pelajar UPSI Maut: Bas Hilang Kawalan, Langgar MPV – Laporan Awal Polis

114

GERIK – Polis sedang mengenal pasti punca sebenar kemalangan maut melibatkan sebuah bas persiaran dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer (km) 15, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Jeli–Gerik, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan menjurus kepada semua aspek termasuk kemungkinan faktor kecuaian manusia atau faktor lain, mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, proses siasatan juga akan melibatkan beberapa agensi berkaitan seperti Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini