IPOH – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyediakan pasukan kaunselor khusus bagi memberikan sokongan emosi dan kaunseling kepada waris mangsa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, semalam.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bahawa dalam tempoh yang sukar ini, ahli keluarga dan waris pasti masih merasa terkejut serta trauma dengan insiden tersebut. -MGPerak