Dua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang cedera dalam nahas jalan raya di Gerik pada awal pagi Isnin telah ditempatkan di wad biasa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dekat sini.
Pengarah HRPB, Dr Saiful Azlan Sharif berkata, Lili Suzana Mat Ya’acob, 23, dan Nor Erika Elysha Mohd Zaidi, 21, mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat kemalangan tersebut. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #kemalangan #upsi