LUMUT -Tragedi nahas dua buah helikopter yang terhempas ketika menjalani raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 pada Selasa, disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada TLDM dan negara.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas dua buah helikopter TLDM iaitu Helikopter Operasi Maritim AW 139 dan Fennec di Pangkalan TLDM Lumut itu, turut meninggalkan kesan mendalam kepada semua pihak. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak