IPOH – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pada Januari lalu.
Tertuduh, Muhammad Faiz Zaini, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Jean Sharmila Jesudason. -MGPerak