Seramai 413 individu, termasuk 14 wanita, ditahan dalam tempoh tiga hari menerusi Op Tapis Khas Kontinjen Perak yang diadakan bagi melumpuhkan aktiviti pengedaran serta penyalahgunaan dadah di sekitar negeri ini.
Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, serbuan itu dilakukan di beberapa lokasi yang disyaki menjadi sarang penagih antaranya, ladang swasta, flat, jeti nelayan, skim Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA). -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #optapiskhasperak