MGPerak: Operasi SAR Diteruskan, Cari 3 Mangsa Masih Tertimbus

209

CAMERON HIGHLANDS – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan sehingga jam 10 malam ini bergantung pada keadaan cuaca bagi mencari baki tiga mangsa yang masih tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah di Kampung Batu 59, Blue Valley di Cameron Highlands, Pahang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata, siasatan awal mendapati tiga daripada mangsa terlibat dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri dan bapa kepada suami serta dua yang lain dipercayai.rakan mereka. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini