Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meminta semua pihak untuk tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang Pakar Runding Sambilan yang didakwa melakukan gangguan seksual di sebuah Hospital Universiti Pakar Kanak-kanak yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, mereka sepatutnya tidak mengeluarkan tohmahan dan menyebarkan kenyataan tanpa memeriksa latar belakang kes tersebut. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak