IPOH – Keterujaan jelas terpancar di wajah 37 orang peserta yang menyertai Program Sunathon Perdana 3.0 apabila mereka dibawa berarak menaiki bas Hop On Hop Off (Hoho) sejauh satu kilometer sebelum berkhatan di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati di sini, hari ini.
Terdahulu, kesemua peserta berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu berkumpul di Surau Al-Ittihadiyah, Taman Meru 3C sebelum dibawa menaiki bas milik syarikat Perak Transit Berhad itu. -MGPerak