Masyarakat Islam yang akan mula berpuasa esok meluangkan cuti hujung minggu dengan memilih pasar awam dan pasar pagi untuk membeli barang keperluan sebagai persediaan menyambut Ramadan.
Tinjauan Malaysia Gazette Perak (MG Perak) di Pasar Besar Ipoh, di sini mendapati kebanyakan pengunjung membuat persiapan akhir dengan mengunjungi pasar itu kerana mempunyai banyak pilihan barangan keperluan basah dan kering.
Antara barang keperluan asas yang menjadi pilihan pengguna ialah ayam, daging lembu, ikan, kelapa serta sayur. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #ramadan1446H