Seorang pekerja kantin sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan, pada Jumaat atas pertuduhan mencabul seorang pelajar perempuan, dua minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Zulhakimi Husaini Zulkifli, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffudin.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan cara meraba dan memegang dada mangsa.