MGPerak: Pelantikan Ketua Kampung Cadangan Parti Dalam Kerajaan – Saarani

28

Seramai 658 individu telah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Kampung atau Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Perak manakala baki 170 lagi dijangka dilantik dalam masa terdekat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jumlah keseluruhan Ketua Kampung di negeri ini adalah seramai 828 orang, namun lantikan bagi sebahagian daripadanya ditangguhkan atas beberapa faktor.

Menurutnya, beberapa muka baharu dan golongan belia turut dilantik sebagai Ketua Kampung bagi menggantikan ketua terdahulu yang telah melebihi usia 65 tahun. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini