Kerajaan Negeri Perak mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya dalam keadaan cuaca panas yang sedang berlaku ketika ini.
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) antara pihak yang harus memainkan peranan penting dalam usaha membendung aktiviti tersebut.
“Kebakaran terbuka memang tidak dibenarkan terutamanya pada musim kemarau, jadi PBT perlu tampil membantu bukan dari segi pemantauan sahaja,” katanya. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak