Semua pembinaan pondok pengawal di kawasan perumahan bukan strata diwajibkan mendapat kelulusan rasmi daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi mengelak risiko keselamatan dan gangguan kepada pengguna jalan awam.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pembinaan itu tertakluk kepada kelulusan dan pematuhan Garis Panduan Pondok Pengawal MBI bagi mengawal pembinaan pondok pengawal serta penubuhan komuniti berpagar dan berpengawal di kawasan perumahan bukan strata. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #PondokPengawalPerumahan #kelulusanMBI