MGPerak: Pembukaan Pejabat Kerajaan di Muallim Bidang Kuasa Persekutuan

222

IPOH – Perak telah membangkitkan keperluan pembukaan pejabat baru agensi-agensi kerajaan di Daerah Muallim pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) Muallim sentiasa menjalankan perbincangan strategik dengan pihak-pihak berkenaan bagi memudah cara pembukaan pejabat agensi di daerah Muallim.

Katanya usaha itu diambil susulan Muallim yang kian pesat membangun ekoran perkembangan aktiviti setempat seperti pembangunan Automotive High Technology Valley (AHTV) di Tanjong Malim.

#malaysiagazetteperak #mgperak #dunperak #mbperak #saaranimohamad

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini