Rendang Tok merupakan makanan tradisional Melayu yang cukup terkenal dan ikonik bagi Negeri Perak.
Menurut cerita masyarakat tempatan, nama Rendang Tok dipercayai wujud sebagai memperingati jasa orang tua yang dipanggil ‘Tok’ pada pangkal nama, kerana jasa mengajarkan anak cucu mereka resepi masakan berkenaan.
Selain itu, ia juga dipercayai pada asalnya hanya merupakan hidangan bagi kerabat diraja dan orang kenamaan, namun akhirnya kini Rendang Tok dapat dinikmati pelbagai lapisan masyarakat. -MGPerak
@rendangtokyeop
#malaysiagazetteperak #mgperak #tradisi #makananwarisan