MGPerak: Pendidikan Hulu Perak Diperkasa Menerusi Kelas Rancangan Khas TVET–STEM

2

Daerah Hulu Perak terus diberi perhatian khusus dalam agenda memperkasa pendidikan di negeri ini apabila beberapa inisiatif strategik melibatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta projek pendidikan luar bandar dilaksanakan secara menyeluruh.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata, susulan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Idris Shah II dipilih bagi melaksanakan kelas rancangan khas untuk TVET dan STEM di daerah tersebut.

Menurutnya, kelas berkenaan membuka ruang ilmu dan kemahiran murid dengan menyediakan peluang-peluang akademik dan latihan dalam kedua-dua bidang tersebut. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #pendidikanhuluperak #TVET

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini