MGPerak: Penduduk Diminta Berlapang Dada, Surau Baharu Ganti Al-Karamah Sudah Siap Dibina – JAIPk

1274

Sebuah surau baharu telah dibina pihak pemaju bagi mengantikan Surau Al-Karamah, Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh, di sini, yang bakal dirobohkan.

Bercakap kepada MG Perak, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, kelengkapan surau baharu berkenaan juga telah disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Menurut beliau, isu merobohkan Surau Al-Karamah berkenaan sepatutnya sudah selesai memandangkan ia sudah mendapat mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini