KUALA KANGSAR – Penerima Anugerah Tuanku Canselor pada pada Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-18 di sini, pada Sabtu, Roselind Nadiera Talib, 22, menggenggam cita-cita untuk menjadi peguam syarie pada suatu hari nanti.
Roselind Nadiera berkata, anugerah yang diterima itu merupakan salah satu impan yang ingin diraih sejak mula melangkah masuk ke menara gading itu. -MGPerak





