Negeri Perak merekodkan sebanyak 235 metrik tan pengeluaran tanaman kopi varieti Liberica di lima daerah setakat ini.
Lima daerah terbabit ialah Hulu Perak; Larut, Matang dan Selama; Kuala Kangsar; Batang Padang; serta Bagan Datuk.
Pengarah Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman berkata, bagi tahun ini sahaja negeri itu mencatatkan nilai pasaran hasil tanaman kopi sebanyak RM1.76 juta, melibatkan kawasan aktif penanaman seluas 29.41 hektar. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #tanamankopi