Orang ramai mula menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, Tapah.
Proses pengundian berjalan lancar dalam suasana aman dan teratur. Terdapat juga warga emas yang hadir, termasuk yang dibantu menaiki kerusi roda, sebagai tanda komitmen terhadap tanggungjawab demokrasi. – MGPerak