Seramai 42 petani di seluruh negeri Perak yang terjejas akibat bencana banjir setakat September tahun ini telah menerima bantuan berjumlah RM169,976.
Pengarah Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman berkata, bantuan tersebut melibatkan kawasan tanaman terjejas seluas 70.25 hektar, meliputi tanaman padi dan durian.
Menurut beliau, bantuan itu disalurkan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) dan Tabung Bencana Pertanian (TBP), yang dikreditkan terus ke dalam akaun petani terlibat. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #kebundurian #bencanabanjir