KUALA KANGSAR – Seorang penoreh getah didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki spesis hidupan liar yang dilindungi tiga tahun lalu.
Tertuduh Ahmad Yahaya, 37, dijatuhi hukuman selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rohaida Ishak. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak