Penstrukturan semula bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan menjejaskan sebarang kelayakan peminjam untuk mendapatkan pinjaman perumahan atau kemudahan kewangan lain.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ini kerana pihak kementerian sentiasa mengutamakan konsep keihsanan dengan tidak mahu peminjam PTPN merasakan bahawa proses untuk membayar balik pinjaman itu merupakan tekanan besar. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #PenstrukturanPTPTN





