Kerajaan Negeri Perak sedang membangunkan platform padanan perniagaan supaya Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dapat menembusi rantaian bekalan industri automotif, pelancongan, teknologi, makanan dan perkhidmatan profesional.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah ini penting supaya usahawan kecil tidak beroperasi secara terasing, tetapi terhubung dalam ekosistem lebih besar yang membuka peluang pendapatan lebih stabil dan berpanjangan. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #PerusahaanMikroKecildanSederhana #MajlisAnugerahUsahawanPerak2025





