IPOH – Perak membelanjakan peruntukan RM1.82 juta bagi pembangunan industri kreatif negeri menerusi Dana Kreatif Perak@PORT (DKP) yang membabitkan lebih 500 permohonan sejak diperkenalkan pada tahun 2019.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagi edisi tahun 2025/2026, sebanyak 123 permohonan diluluskan melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM393,000 yang merangkumi kategori Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Persembahan.
Katanya, DKP merupakan satu bentuk sokongan kewangan kepada para penggiat seni tempatan untuk melaksanakan projek serta program berteraskan seni, budaya dan kandungan kreatif. -MGPerak





