IPOH – Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Ke-15, 25 November depan.
Pengisian utama persidangan yang berlangsung selama enam hari itu akan menyaksikan pembentangan Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Speaker DUN Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, sesi perbahasan belanjawan negeri akan bermula pada hari kedua persidangan iaitu 26 November. -MGPerak





