Kerajaan Perak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik premis tidak berpenghuni yang menjadi punca penularan wabak denggi di negeri ini.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, A Sivanesan berkata, tindakan itu akan diambil ke atas pemilik tanah dan premis kosong yang gagal membersihkan kawasan mereka dalam tempoh lima hingga tujuh hari selepas notis dikeluarkan.
Menurutnya, ia akan dilaksanakan mengikut Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #denggi