SHANGHAI – Kerajaan Negeri Perak terus mengorak langkah memperkukuh kedudukannya sebagai pemain utama dalam industri halal global dengan mengetengahkan potensi besar industri tersebut kepada pelabur China.
Sempena Forum Perniagaan Halal Malaysia-China yang berlangsung di Shanghai pada Rabu, Perak memperkenalkan Taman Industri Halal Perak (Perak HIP), yang kini sedang giat dibangunkan di Lekir, Manjung. – MGPerak