Kerajaan Negeri Perak menerusi beberapa agensi melaksanakan sebanyak 34 projek sebagai persediaan awal bagi menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, antara agensi yang terlibat termasuklah pihak berkuasa tempatan (PBT) , Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta agensi yang berkaitan.
Menurutnya, projek itu bagi memastikan kesiapsiagaan infrastruktur pelancongan negeri berada pada tahap yang baik, selesa dan selamat. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #TMM2026





